Saturday, August 8, 2009

Ainil yg Pemarah..Garang.......

muke mrh


Marah merupakan antara sifat semulajadi yg terdapat dalam diri manusia..bukanlah bermakna segala jenis marah adalah buruk, ia harus diletakkan pada tempatnya; sifat marah biasanya disebabkan oleh perasaan tinggi diri, bongkak, angkuh, perbualan kosong, senda gurau, ejek mengejek, caci-mencaci dsbg. hal2 sebegini mudah menjerumuskan seseorang itu dengan sifat marah.

Sbg contoh, apabila seseorang riak/meninggi diri..dia merasakan hanya dirinya yang betul dan ptut diikuti tanpa mengambil peduli buah fikiran serta perasaan orang lain..dia merasakan hanya dirinya sahaja yang berada di pihak yang benar.

Ejek mengejek sbg contoh, boleh menimbulkan kemarahan seseorang dek merasa diri diperhina dan diperlekehkan oleh orang lain. sebaiknya seseorang menjauhkan diri dari sifat suka mengejek org lain kerana mungkin suatu hari nanti, orang tersebut berdendam dan membalas apa yg telah diperlakukan kepadanya; semestinya mustahil seseorang bebas dari cacat cela selagimana bernama manusia..oleh itu, tidak mustahil suatu hari aib dirinya akan dibuka dan dipersendakan oleh musuhnya pula..

Ada pelbagai cara untuk mengatasi sifat marah..antaranya adalah dengan merasakan diri hina dgn mengaku bahawa tiada yang maha berkuasa dan paling agung melainkan Allah Ta'ala..selaku hamba, seseorang itu tidak wajar untuk mempunyai perasaan membangga diri dan merasa diri lebih hebat daripada individu lain. setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing.

bodohla orang yang menganggap apabila dirinya dikuasai oleh marah, maka dengan menunjukkan kemarahannya itu menandakan dia mempunyai lebih kuasa berbanding orang lain yang dimarahinya kerana orang yg paling kuat adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya; bukan yang mengikut emosi marah..kerana semestinya dalam keadaan marah, seseorang hilang kawalan dan mungkin bertindak tanpa berfikir panjang.

Untuk menghindari dari perbuatan yg didasari perasaan marah, seseorang hendaklah 'menyibukkan' fikirannya tentang perkara yang lebih penting iaitu seperti ketauhidan kepada Allah dan cara-cara untuk mendapat keredhaanNya.

Antara cara untuk sentiasa merasakan kehadiran Allah di sisi adalah dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya..
dengan sentiasa mengingatkan diri kita tentang perihal yang menyebabkan kemurkaan Allah, insya'Allah kita akan mampu berlindung dari sifat marah...Ya Allah, ampunilah daku~~

(rujukan di ambil dari Bimbingan Mukmin; oleh Imam al-Ghazali)

2 comments:

DON'T BE HATEFUL, EVERYONE IS IMPERFECT

Related Posts with Thumbnails