Monday, December 15, 2014

Dugaan mengandung- Buat laporan polis apabila penghutang degil nak bayar

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pasal duit, adik beradik pun sanggup bergaduh dan berbunuh-bunuhan.
Pernah tak korang alami situasi apabila penghutang degil nak bayar atau ngelat nak bayar hutang duit??


Saya mengalami isu ini banyak kali tapi setelah mendapat nasihat daripada seorang rakan yang berpengalaman dalam menuntut hutang ni. Rakan tersebut pernah membuat laporan polis kerana seorang rakannya berhutang hanya RM200 tetapi apabila mesej dan call tak pernah balas dan angkat call. Setelah memberikan maklumat nama dan no telefon kepada pegawai penyiasat, pihak polis telah menelefon penghutang dan bertanyakan tentang kebenaran isu ini. Ternyata esoknya penghutang pun memulangkan jumlah wang tersebut kepada pemiutangnya.   -LAPORAN BERKESAN & KES LANGSAI.


Saya juga telah membuat tindakan yang sama iaitu mebuat laporan polis TETAPI setelah dimaki hamun oleh penghutang. Saya ketika itu memang agak terdesak kerana merupakan fulltime student sehinggakan berkira2 utk membelanjakan wang selain daripada keperluan makan dan isi minyak dan saya sering dihantar ke luar kawasan oleh pihak universiti untuk jalankan kajian. Nak top up kredit hp pun berpikir panjang kerana elaun dari uni belum masuk lagi, tak dapat mesej dan call si penghutang tersebut, saya minta tolong suami tuntutkan dan masuk campur isu ini kerana selama ini saya call dan mesej org tu wat dunno je dan tak pernah berbincang mengenai jumlah wang  saya yg sebenarnya yang dia masih pegang. Penghutang merupakan bekas rakan kongsi bisnes dan masih menyimpan syer saya dan memasukkan syer tersebut di dalam asb loannyer. Saya begitu percayakan dia dan terlampau tak paham kerana dia tak pernah mahu bincangkan dengan jelas tentang pembahagian keuntungan bisnes (syer) seballiknya saya pun telah bersetuju membenarkan dia membayar hutang secara ansuran tiap bulan sejak sebelum saya berkahwin lagi. Tapi yang hairan nya gajinya mengjangkau rm6k tetapi masih mahu bayar sedikit2 macam tak ikhlas pun nak bayar. Mula2 RM250, pastu RM100, pastu 2 bulan tak bayar, pastu tnggu lagi masuk 3 bulan tak bayar2 juga.
Saya pun naik tak faham dan tak tahan dengan sikap buat bodoh je bila saya hubungi dia. Bila reply mesej saya ayat-ayat dia macam nak gaduh dan kasar.


Setelah mendapat nasihat daripada suami dan ibu supaya suruh berpecah kerana nampak hanya saya je kena datang kepada dia dan jalankan bisnes. Saya pun berpecah drp dia.
 Lagipun selama berniaga dengan dia ni, mmg permulaannya dia yang keluarkan modal lebih banyak daripada saya. Tapi saya yang telah buat semua rekod dan saya sendiri pun telah keluarkan modal belanja untuk sewa tapak2 dan servis2 fotografi, tambah beli stok, angkat barang, isi minyak ke sana ke mari dan menjual-jual di serata tempat. Dia masih fikir dia superior dan duduk je terkangkang tiap2 bulan minta keuntungan untuk kumpulkan dan masukkan dalam asb nya.  Hanya saya je yang kena datang ke rumah dia setiap kali meeting padahal jarak rumah kami tu agak jauh. Dan kenapa nak perlu tipu kalau malas. Dia tipu kereta dia  kena hantar workshop padahal hari tu hari Ahad saya nampak je kereta dia ada di rumah dan masih mahukan saya ambil dia di rumahnya untuk ke kedai pembekal bersama dengannya. Dan kenapa nak berkira sangat dengan saya kalau dia boleh sahaja ambil berhelai2 produk jualan untuk kegunaan sendiri setelah mengaut keuntungan padahal dia tak usaha langsung buat sales dengan alasan malu dan malas nak jual kat kawan2 yang bakal menilai dirinya. Saya dah rekod setiap transaksi dengan amanahnya untuk dikumpulkan dan rolling utnutk dihantar kepadanya untuk dikira dan semak. Ini bukti saya telah buat laporan polis, setelah suami saya sms secara pedas kpd dia utk tuntut wang tersebut. Dia melenting dan terus menghubungi hp saya dan memaki hamun saya dengan kata2 kesat seperti bangsat. Suami yang boleh terdengar kata2 dia telah merampas hp saya tersbut dan terus bertanya kpd dia kenapa buat mcm ni?  dan berkata semmgnya dia tak layak berkawan dgn saya. Dia pun berkata2 kesat dan maki suami saya dengan perkataan yang lagi superkesat sambil terjerit2.. suami saya rase mcm nak pekak da. suami saya tak tahu nak balas apa. Dan memarahi kembali dia dan kami terus mebuat laporan polis. Dia ada sms tapi minta maaf sebab menyesali perbuatannya. Kami memang bole maafkan tapi kami takkan bole lupa.

Suami saya masuk campur kerana isteri dia ditipu. Mak kpd rakan saya ni pun masuk campur dan memburukkan lagi keadaan dgn memfitnah famili saya macam2...Dan yang paling best si penghutang herdik tengking saya tanpa usul periksa padahal selama ni nak ajak berbincang pun buat stonecold je. Sabar je la...  Ini dia salinan laporan polis:




Saya telah dinasihatkan oleh pegawai polis tersebut supaya jangan terlampau naif, baik dan percaya dengan orang mengenai isu wang ringgit ini. Polis cuba menghubungi penghutang tetapi dia seperti biasa tak suka angkat call.
Saya masih tak dapat lagi duit yang penghutang tu hutang sebab dia rasa dia boleh terlepas cari saya nanti di Padang Mahsyar, saya berniat nak tlg dia supaya tak terseksa di hari akhirat/ alam barzakh nanti. Kerana roh penghutang akan tergantung di antara langit dan bumi dan orang yg mati syahid dan masih berhutang takkan diterima mati syahidnya.


p/s: Panduan dan pengajaran - rakan sendiri ke, keluarga sendiri pun boleh tikam kita dari belakang.

No comments:

Post a Comment

DON'T BE HATEFUL, EVERYONE IS IMPERFECT

Related Posts with Thumbnails