Tuesday, March 24, 2015

Gunung Nuang Via Janda Baik

Assalammualaikum dan salam sejahtera. lama sgt xberblogging lg. haha bz bebenor ler... 
ni nk update mengenai trip ke Gunung NuANG pd JAN 2013 dulu.   Memang best! Sebab sebelum ni naik nuang daripada hulu langat Selangor dan rasa macam lagi lama je naik dari situ. Dari sini terasa lebih sekejap dan ada kelainannya.. memang thrilling!! Pergi waktu zaman bujang dulu memang masa itu stamina meletop2 la. Sekarang ni da jadi ibu2, stamina dah placid la sekarang, kena training balik. Ni dia gambar2 kami tapi tak banyak sangat ler sebab kepenatan nak ambil gambar. Banyak pada kawan2. 



Mula mendaki 

Rehat di air terjun kecil 

Da sampai puncak!! Suami (dulu tunang) teruja 


Puncak Gunung Nuang 
bersama Geng Perompak Gunung 

Berkabus kat atas ini tak nampak pemandangan sangat. 


Sekian! 



Tuesday, March 3, 2015

Calling all relevant researchers to join this event in UPNM


Sunday, February 8, 2015

Surah Rahman - sangat best dan menggerunkan hati roh jika dihayati

Ibu2 mengandung 7 bulan ke atas yang membaca surah Ar-Rahman (bacaan dengan suara yang boleh didengari baby dalam rahim), baby akan tendang kuat2 sebab maksud dan pertanyaan ayat dalam surah ini berkali2: 'fabi ayyi ala i rabbikuma tukazziban' yang bermaksud 'Then which of the favors of your Lord will you deny?' akan menggerunkan atau menggetarkan roh bayi terhadap kesediaan melangkah ke alam duniawi yang busuk bak bangkai ni. Setiap kali baca Surah ini dan ketahui maksud terjemahannya sangat la menaikkan bulu roma diri saya sendiri dan menitiskan air mata sebab takut dan sebak kerana banyak lagi kekhilafan pada diri ini.




 -just wanted to share,pengetahuan ini saya dapat dari ahli agama dan mengalaminya sendiri-



Tarap fruit- exotic fruit from Borneo

Hi again. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Last week kami bercuti ke Sabah dan berpeluang merasa kesedapan kelemakan buah tarap daripada Borneo. Rupanya luarnya lebih bulat drp cempedak dan seperti cempedak atau nangka tapi bahagian isi dalamnya berwarna putih dan berbau agak tajam pabila masak. Berbau kereta masa on the way bawak balik daripada Kundasang ke KK. Kami beli di pasar buah Kundasang waktu itu. Rasa isinya pula sedap, berlemak dan spesial. Bagi saya, lebih sedap daripada cempedak dan bila da start makan tak boleh berhenti pulak!! hehe memang sedap dengan saiz biji dalamnya yang kecil memang licin dan cepat sahaja mulut ni menikmatinya. Pengalaman yang luarbiasa juga la. Orang Sabah beritahu yang buah tarap di Semenanjung tak sperti di Borneo kerana rasanya lain dan tak sedap mcm kt Borneo ni. Di semenanjung, buah tarap hanya menjadi mknn monyet di hutan dan tak menjadi tumpuan utk dimakan oleh manusia. Buah tarap boleh digoreng tepung seperti kita goreng cempedak dan rasanya ternyata memang umphhh la sebab buah tarap tak berapa ada biji sangat seperti cemepdak. Memang sedap la. Rindunya nak makan lagi!!Harga pun berpatutan.






p/s: kalau ke Sabah, jangan lepaskan peluang keemasan mencuba buah cinta atau buah tarap yang indigenous kat sini. 

Thursday, February 5, 2015

TORCH'S lab test utk pregnant lady dan newborns

Assalammualaikum dan salam sejahtera!!!

Saya nak info ckit psl TORCH's test sebab saya dapat tahu tentang test ni drp kwn baik saya  Dr. B seorang medical doctor di Hospital Serdang. Dia sarankan saya jalani test ni sebab saya risau dengan cerita Dr. H dan Prof. S di USM tentang pregnant ladies yang keje di dalam lab ketika pregnant dan exposed thdp pathogen bacteria dan chemicals. Rakan Dr. H yg bekerja sebagai researcher juga telah dijangkiti unknown pathogen bacteria dan end up affect baby yg dilahirkan. Manakala Prof. S mempunyai student PHD suatu ketika dlu yg mengandung dan telah terdedah kepada chemicals seperti chloroform dll telah keguguran. Lab sebelahnya pula seorg pelajar PHD melayu juga keguguran krn terdedah kpd phenol .. janin yg gugur tersebut berwarna hitam. Ini sangat membimbangkan saya sebab saya bekerja sebagai penyelidik atau researcher biologi dan saya hanya masuk lab tanpa membuat kerja2 yg deal dgn chemicals sejak mengandung. Kawan karib saya Dr. H yg tolong buatkan secara sukarela hehe ..tq Dr. H!!

Tengah tunggu jawapan daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera Kem Sg Besi tentang bila Hospital Tunku Mizan akan buat test tu sebab reagent dan test kits ada di pusat2 perubatan shj.

Apa itu TORCH atau TORCHS?

  • toxoplasmosis - sejenis parasit yang boleh didapati drp najis kucing ataupun daging kurang                                                          masak, telur mentah. 
  • rubella  - virus yg menyebabkan kegatalan kulit, sekiranya janin dijangkiti akan                                         menyebabkan kecacatan. Thank god saya dah dapat vaccine ni masa sekolah dulu. 
  • cytomegalovirus (CMV) - salah satu kumpulan virus herpes, boleh menyebabkan janin hilang                                            deria pendengaran, sawan dan terencat akal. 
  • herpes simplex - dijangkitkan kepada janin oleh ibu melalui saluran peranakan ketika bersalin                             dan janin juga boleh dijangkiti sejak berada di dalam kandungan, Bayi yang                                lahir mungkin akan mengalam isu sistem saraf seawal dua minggu selepas                              kelahiran. 
  • HIV - virus yg menyebabkan penyakit AIDS yang tiada penawarnya lagi. 
  • Syphilis - (optional test) kes terjadi 1 dalam 100,000 di USA pada 2011. Bayi yang lahir akan                   mengalami masalah neurologikal serta pelbagai kecacatan dan ibu mengandung                         mempunyai risiko mengalami keguguran janin. 

ujian dilakukan untuk mengenal pasti sebarang jangkitan lepas dan semasa pada ibu dan bayi dengan menunjukkan keputusan positif apabila antibodi IgG dan IgM dijumpai dalam setiap jenis test dia atas. Keputusan akan menjadi negatif apabila antibodi IgM tidak terdapat di dalam setiap satu saringan yang dijalankan. 


Semoga segalanya selamat untuk semua ibu dan bayi yang bakal lahir. Saya sarankan anda request test ini jika mudah terdedah kepada biological hazard. Tak ramai org aware pasal test ini disebakan bajet kerajaan sendiri tak seperti negara maju lain yang membuat kempen kesedaran tentang saringan ini. Lagipun kerjaya seperti saintis, veterinar, zoologist, doktor, jururawat, lab technician dan banyak mempunyai risiko terdedah kepada serangan pelbagai unsur2 biological dan chemical hazards mungkin perlu menjalani saringan ini. Sekian terima kasih untuk kali ini. 

p/s: Saya akan update setelah menjalani saringan ini 

Monday, January 26, 2015

Gunung pertama ku daki- Gunung Angsi 2008

Hi semua.. ni dia gambar2 hiking mase 1st time panjat Gunung mase degree dlu tahun 2008. 
Best sgt sebab ramai rakan join. Mase mula2 naik dlu rase nak retire hiking je pas balik tu. Tapi tak lama lepas tu rase ketagih pula nk menikmati alam dengan cara sebegitu lagi... Gunung Angsi di Negeri Sembilan ni sangat famous dan jalan hutannya sangat licin waktu tu. Kami asyik buat shuffle je sblm jatuh haha. Ni lah gambar2 kami masa muda dlu: Enjoy!




















ni la puncak Gunung Angsi. 



Merompak Gua Batu Maloi, Johol

Hi semua!!! Ade lagi trip hiking kami by Perompak Gunung....
Kali ke Gua Batu Maloi di Negeri SeMBILAN. Gua unik melalui jalan2 berliku bawah batu2 besar sungai. Ade part kena berenang ke bawah batu yang gelap, air laju sampai rase nak terlucut seluar haha, ade hidupan kodok besar dan kelawar, seronok sangat!!! 
Xperlu byk cerita, ni dia gambar2 kami berjimba di sana. 




















p/s: rindu nya nak berekreasi lagi. lepas abes pantang, nk berkecimpung kembali dalam aktivit lasak. 

Gunung Ledang re-opened route 2012


Hi again!!! bEST GILER2 Gunung Ledang trip 2012!! Extreme sgt sebab ade satu batu hampar ni kena naik abseiling ke atas dan sangat tinggi sampai rasa nak tercabut tangan drp soket bahu terlampau lenguh dan penat!!!! Dan kami kena ade selfpush tuk teruskan sebab tak boleh org tolong kat situ melainkan spiderman.  Campsite dia best sebab air bersih, bole wat fish spa, tapi sekitar kawasan lereng agak kotor dengan sampah walaupun ade pihak management jaga. 












Related Posts with Thumbnails