Sunday, January 4, 2015

tOLONG!! Selalu Tekanan darah rendah ketika mengandung

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak tanya otai2 dan pakar kesihatan yang terbaca post ni. Mcm mane nak atasi tekanan darah rendah yang teruk ketika mengandung? Saya bukan anemic tp tekanan darah rendah selalu juga bacaan menjadi rendah dari mula mengandung sehingga kini (hampir 7 bln).

Punca tekanan darah rendah memang saya telah maklum dan tahu memandangkan saya orang biologi. Tetapi walaupun saya dah buat segala precautions dan amalan supaya tak turun tekanan darah, tekanan darah masih juga rendah sehingga menjejaskan tumpuan kerja harian saya. Saya telah pun 'eksperimen' diri saya sendiri dengan amalan2 berikut untuk tahu body tolerance diri saya walaupun saya sudah mengambil suplemen obimin, Salindah dan susu Anmum Materna setiap hari without fail. Contoh sebab2 saya akan pening atau rasa nak pitam:

Saya tidur terlebih masa = tekanan darah jadi rendah
Saya tidur kurang = tekanan darah jadi rendah
Berdiri terlampau lama = tekanan darah jadi rendah
Duduk terlampau lama = tekanan darah jadi rendah
Baring terlampau lama = tekanan darah jadi rendah
Makan terlampau sedikit nutrien atau makan tak ikut jadual= tekanan darah jadi rendah
Kurang minum air = tekanan darah jadi rendah
Tunduk atau pandang bawah terlampau lama  = pening2 & tekanan darah jadi rendah

Banyak berpeluh- sampai nak jemur kain pun boleh rasa nak pitam, naik tangga sampai tingkat 3, jalan kaki bawah panas terik, memasak sampai berpeluh, guna mikroskop dalam lab terlampau lama = tekanan darah jadi rendah

Posisi Baring dan terus bangun = tekanan darah jadi rendah
Posisi duduk dan terus berdiri  = tekanan darah jadi rendah
Selepas makan - sebab sebahagian oksigen byk mengalir ke organ pencernaan untuk mencerna mknn = pun saya akan pening dan rasa nak pitam 

Saya tak ada selera nak makan organ dalaman hati untuk tambah darah. Mmg ade tersimpan nutrients baik dalam organ hati cthnya tapi kalau kite makan haiwan ternakan yang dicucuk antibiotic dan hormones tu mmg saya elakkan la. Makan byk sayuran hijau seperti brokoli atau bayam. 

Buat ujian gula MGTT (glucose test) pun tak berapa nak memberangsangkan after 2 hrs. Adekah saya ni hypoglycaemic? Pelik betul. Sebab nurse kt RSAT Kem ni soh wat MGTT pun sbb dia risau takut saya ade gestational diabetes memandangkan abah ade diatetes dan berat badan saya naik mendadak.Yang bestnya berat badan da nak 7 kg sejak mengandung pun tekanan darah masih rendah hehe  allahualam... Sekian

p/s: Alhamdullilah tu je la masalah saya, xpenah ada alahan lain selain itu dan mampu pergi kerja outstation dan travelling asalkan jaga biological clock dan food consumption- tapi kalau miss - terus tekanan darah rendah balik. Dan waktu mengandung best sgt sebab hari2 boleh solat dan baca quran. Boleh ambil kesempatan  hafal al-quran/khatamkan al-quran selain drp baca surah2 utntuk ibu mengandung.














2 comments:

  1. Salam Ainil Hawa, thx singgah n komen blog akak... AH tinggal kat mane, leh try call utk 2D/3D/4D/Detail Scan,
    kalau kat Area Bandar Baru Bangi 98129969, Pekan Kerling 60481223, Kalao Bandar Siber , Ipoh 012-8494278, call utk temujanji... take care! time pregnant ni kene jaga kandungan tu.. cukup makan semua..utk kesihatan baby tu yg plg penting.. kene ingat, yg kat dlm tu...

    ReplyDelete
  2. wsalam sy tggl kt sg besi. all the best for you too :)

    ReplyDelete

DON'T BE HATEFUL, EVERYONE IS IMPERFECT

Related Posts with Thumbnails