Sunday, February 8, 2015

Tarap fruit- exotic fruit from Borneo

Hi again. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Last week kami bercuti ke Sabah dan berpeluang merasa kesedapan kelemakan buah tarap daripada Borneo. Rupanya luarnya lebih bulat drp cempedak dan seperti cempedak atau nangka tapi bahagian isi dalamnya berwarna putih dan berbau agak tajam pabila masak. Berbau kereta masa on the way bawak balik daripada Kundasang ke KK. Kami beli di pasar buah Kundasang waktu itu. Rasa isinya pula sedap, berlemak dan spesial. Bagi saya, lebih sedap daripada cempedak dan bila da start makan tak boleh berhenti pulak!! hehe memang sedap dengan saiz biji dalamnya yang kecil memang licin dan cepat sahaja mulut ni menikmatinya. Pengalaman yang luarbiasa juga la. Orang Sabah beritahu yang buah tarap di Semenanjung tak sperti di Borneo kerana rasanya lain dan tak sedap mcm kt Borneo ni. Di semenanjung, buah tarap hanya menjadi mknn monyet di hutan dan tak menjadi tumpuan utk dimakan oleh manusia. Buah tarap boleh digoreng tepung seperti kita goreng cempedak dan rasanya ternyata memang umphhh la sebab buah tarap tak berapa ada biji sangat seperti cemepdak. Memang sedap la. Rindunya nak makan lagi!!Harga pun berpatutan.






p/s: kalau ke Sabah, jangan lepaskan peluang keemasan mencuba buah cinta atau buah tarap yang indigenous kat sini. 

No comments:

Post a Comment

DON'T BE HATEFUL, EVERYONE IS IMPERFECT

Related Posts with Thumbnails