Thursday, February 5, 2015

TORCH'S lab test utk pregnant lady dan newborns

Assalammualaikum dan salam sejahtera!!!

Saya nak info ckit psl TORCH's test sebab saya dapat tahu tentang test ni drp kwn baik saya  Dr. B seorang medical doctor di Hospital Serdang. Dia sarankan saya jalani test ni sebab saya risau dengan cerita Dr. H dan Prof. S di USM tentang pregnant ladies yang keje di dalam lab ketika pregnant dan exposed thdp pathogen bacteria dan chemicals. Rakan Dr. H yg bekerja sebagai researcher juga telah dijangkiti unknown pathogen bacteria dan end up affect baby yg dilahirkan. Manakala Prof. S mempunyai student PHD suatu ketika dlu yg mengandung dan telah terdedah kepada chemicals seperti chloroform dll telah keguguran. Lab sebelahnya pula seorg pelajar PHD melayu juga keguguran krn terdedah kpd phenol .. janin yg gugur tersebut berwarna hitam. Ini sangat membimbangkan saya sebab saya bekerja sebagai penyelidik atau researcher biologi dan saya hanya masuk lab tanpa membuat kerja2 yg deal dgn chemicals sejak mengandung. Kawan karib saya Dr. H yg tolong buatkan secara sukarela hehe ..tq Dr. H!!

Tengah tunggu jawapan daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera Kem Sg Besi tentang bila Hospital Tunku Mizan akan buat test tu sebab reagent dan test kits ada di pusat2 perubatan shj.

Apa itu TORCH atau TORCHS?

  • toxoplasmosis - sejenis parasit yang boleh didapati drp najis kucing ataupun daging kurang                                                          masak, telur mentah. 
  • rubella  - virus yg menyebabkan kegatalan kulit, sekiranya janin dijangkiti akan                                         menyebabkan kecacatan. Thank god saya dah dapat vaccine ni masa sekolah dulu. 
  • cytomegalovirus (CMV) - salah satu kumpulan virus herpes, boleh menyebabkan janin hilang                                            deria pendengaran, sawan dan terencat akal. 
  • herpes simplex - dijangkitkan kepada janin oleh ibu melalui saluran peranakan ketika bersalin                             dan janin juga boleh dijangkiti sejak berada di dalam kandungan, Bayi yang                                lahir mungkin akan mengalam isu sistem saraf seawal dua minggu selepas                              kelahiran. 
  • HIV - virus yg menyebabkan penyakit AIDS yang tiada penawarnya lagi. 
  • Syphilis - (optional test) kes terjadi 1 dalam 100,000 di USA pada 2011. Bayi yang lahir akan                   mengalami masalah neurologikal serta pelbagai kecacatan dan ibu mengandung                         mempunyai risiko mengalami keguguran janin. 

ujian dilakukan untuk mengenal pasti sebarang jangkitan lepas dan semasa pada ibu dan bayi dengan menunjukkan keputusan positif apabila antibodi IgG dan IgM dijumpai dalam setiap jenis test dia atas. Keputusan akan menjadi negatif apabila antibodi IgM tidak terdapat di dalam setiap satu saringan yang dijalankan. 


Semoga segalanya selamat untuk semua ibu dan bayi yang bakal lahir. Saya sarankan anda request test ini jika mudah terdedah kepada biological hazard. Tak ramai org aware pasal test ini disebakan bajet kerajaan sendiri tak seperti negara maju lain yang membuat kempen kesedaran tentang saringan ini. Lagipun kerjaya seperti saintis, veterinar, zoologist, doktor, jururawat, lab technician dan banyak mempunyai risiko terdedah kepada serangan pelbagai unsur2 biological dan chemical hazards mungkin perlu menjalani saringan ini. Sekian terima kasih untuk kali ini. 

p/s: Saya akan update setelah menjalani saringan ini 

1 comment:

  1. thx kongsi info ini, rasa ade check mase pregnant twin, Alhamdulillah, tiada sebarang jangkitan... yea la... kt mane2 pun kite boleh terdedah pada jangkitan, moga kandungan kite selamat sebelum n selepas dilahirkan... Amiin.................

    ReplyDelete

DON'T BE HATEFUL, EVERYONE IS IMPERFECT

Related Posts with Thumbnails